Jumat, 28 Februari 2014

Sinopsis Novel Harry Potter Seri 3



Harry Potter menghabiskan musim panas bersama-sama pasangan Dursley sebelum memulakan tahun ketiga di Hogwarts. Kerana terlalu marah, dia mengembangkan Makcik Marge dan meninggalkan rumah, lalu bertembung dengan Menteri Sihir. Dia dilepaskan pergi tanpa apa-apa hukuman, sebab utamanya (yang Harry dapat tahu kemudian) adalah seorang pembunuh bersiri, Sirius Black berjaya melarikan diri dari penjara sihir, Azkaban untuk membunuh Harry. Black ialah penyokong Voldemort dan telah merengok di dalam penjara selama 12 tahun. Tahun ini, para pengawal Azkaban, yang dikenali sebagai Dementors mengawal Hogwarts. Harry dan rakan-rakannya kembali ke Hogwarts dan setiap kali bersemuka dengan Dementors, Harry tidak sedap hati kerana mereka memaksa manusia mengimbau kembali pengalaman terpahit mereka dan melenyapkan kebahagiaan dari jiwa masing-masing.
Sekolah itu mendapat cikgu ‘Pertahanan Diri Daripada Ilmu Hitam’ yang baru, Profesor Remus Lupin yang merupakan cikgu yang hebat. Hagrid juga mula mengajar mata pelajaran ‘Penjagaan Makhluk-Makhluk Sihir’. Pembelajaran mereka bermula seperti biasa dan Harry mengambil beberapa mata pelajaran baru termasuk ‘Ilmu Tilik’, yang mana sepanjang tahun, Profesor Trelawney kerap meramalkan kematian Harry. Tetapi Hermione mengambil lebih banyak mata pelajaran berbanding pelajar-pelajar lain dan kadang-kadang seolah-olah dia mengikuti 2 kelas pada masa yang sama. Sementara itu, Harry tidak dapat pergi ke Hogsmeade bersama-sama kawan-kawannya tetapi dia memperolehi Peta Marauder daripada Fred dan George Weasley, yang menunjukkan secara terperinci Hogwarts dan persekitaran sekelilingnya. Ini membantu Harry sampai ke Hogsmeade melalui suatu laluan rahsia. Ron dan Hermione selalu bertegang urat, sebab utamanya melibatkan binatang peliharaan mereka (tikus Ron, Scabbers dan kucing Hermione, Crookshanks).       
Sirius Black memecah masuk ke Hogwarts dua kali tanpa berjaya mencederakan Harry tetapi sesiapapun tidak tahu bagaimana dia melakukannya. Harry dapat tahu yang Black ialah rakan karib ayahnya dan dia juga bapa angkat Harry. Sirius mengkhianati ibu bapa Harry dengan membocorkan rahsia tempat tinggal mereka kepada Voldemort dan menyebabkan mereka dibunuh. Harry dan rakan-rakannya bersemuka dengan Black di klimaks yang mengagumkan dan mendapat tahu kebenaran tertentu mengenai kejadian-kejadian yang berlaku bertahun-tahun lampau. Mereka juga mendapat tahu yang Lupin sebenarnya ialah serigala jadian. Kemudian, Harry dan rakan-rakannya bertarung dengan Dementors untuk menyelamatkan 2 nyawa yang tidak berdosa. Dalam buku ketiga ini, Rowling lebih hebat daripada 2 buku sebelum ini. Dia menghasilkan suatu kisah yang mempesonakan, menggabungkan ilmu sihir, fantasi dan pengkhianatan, amat luar biasa.[1]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar